e-Pendidikan

Pustakawan Pro
Jawatan perlu bantu pelajar tingkat literasi maklumat

KEMENTERIAN Pelajaran perlu mewujudkan jawatan pustakawan profesional di perpustakaan sekolah bagi membangunkan kemahiran literasi maklumat dan memupuk tabiat membaca di kalangan pelajar.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Raja Abdullah Yaacob, berkata pewujudan jawatan itu penting bagi memastikan pelajar sekolah memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perpustakaan dan bukan sekadar meminjam buku saja.

Beliau berkata, pendedahan kepada budaya perpustakaan dan literasi maklumat di peringkat awal itu penting sebagai persiapan pelajar mengikuti pengajian tinggi yang menghadapi ledakan maklumat berikutan perkembangan pesat sumber rujukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Kebanyakan pelajar lemah dalam memanfaatkan kemudahan perpustakaan di universiti kerana mereka buat kali pertama terdedah kepada pusat rujukan besar yang dilengkapi bahan bercetak dan ICT.

“Ini kerana di peringkat sekolah tiada pustakawan profesional membimbing mereka memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perpustakaan, sebaliknya hanya pustakawan di kalangan pelajar yang sekadar diberi tugas membuat katalog dan menguruskan pinjaman serta pemulangan buku.

“Jika kementerian boleh mewujudkan jawatan bukan akademik seperti kaunselor, apa salahnya jawatan pustakawan profesional diadakan di sekolah bagi memupuk budaya perpustakaan sejak awal lagi,” katanya ketika ditemui di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Raja Abdullah berkata, antara peranan yang boleh dimainkan pustakawan profesional di sekolah ialah memupuk tabiat membaca di kalangan pelajar dengan menyarankan buku sesuai dibaca mengikut minat dan tahap umur mereka.

Beliau memberi contoh murid Tahun Satu dan Dua bermula dengan bacaan buku cerita dongeng atau kisah rakyat sebelum disaran membaca buku siri penyiasatan dan pengembaraan mulai Tahun Tiga, sementara novel serta buku kerjaya bagi pelajar sekolah menengah.

Pustakawan profesional juga, katanya, dapat memastikan sekolah tidak ketinggalan menyediakan sumber rujukan ICT atau pangkalan data bersesuaian untuk rujukan pelajar serta membimbing mereka menggunakannya bagi mengelakkan kemudahan internet disalahgunakan.

“Apabila didedahkan kepada budaya perpustakaan dan literasi maklumat sejak dibangku sekolah, pelajar tidak akan sewenang-wenangnya menyalahgunakan kemudahan internet atau membuang masa mencari maklumat yang terlampau.

“Mereka juga akan lebih menghargai budaya keilmuan dan kesarjanaan yang begitu sinonim dengan perpustakaan, sekali gus tidak mudah tertarik dengan gangguan seperti kafe WiFi yang boleh membawa kepada masalah sosial seperti lepak jika tidak dimanfaatkan sewajarnya,” katanya.

Sistem pendidikan perlu sentiasa diperbaharui: Dr Mahathir
SERI ISKANDAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sistem pendidikan perlu diperbaharui dengan memasukkan elemen-elemen karakter bersama kebijaksanaan.

Katanya pembaharuan berkenaan perlu dilakukan oleh mana-mana negara sekali pun kerana masih banyak perkara yang perlu dan telah tidak dimasukkan dalam sistem pendidikan yang sedia ada

“Masih terdapat ruang-ruang yang tidak digunakan dengan efektif…ini bagi mengelakkan lahirnya pelajar-pelajar yang mempunyai karakter tidak baik. “Pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan tetapi dengan karakter yang tidak baik membahayakan masyarakat…dia tidak boleh dianggap aset kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Beyond Vision 2020″ di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan perlu mengkaji semula sistem pendidikan negara bagi mengelak perkara itu berlaku.

Katanya, sukatan mata pelajaran turut memainkan peranan kerana ia perlu disesuaikan dengan masa dan keperluan pelajar.

“Setiap mata pelajaran itu perlu dikaji mengikut keperluan pelajar dan apakah yang ingin diketengahkan kepada mereka.

“Ia hendaklah memberikan ilmu pengetahuan bagi memastikan mereka bersedia menghadapi dunia luar selepas meninggalkan bangku sekolah,” katanya.

Lebih 2,000 termasuk mahasiswa, pelajar sekolah dan jemputan menghadiri syarahan berkenaan. – Bernama

Diploma Eksekutif
UTM, SKC tawar pengajian kepada lepasan SPM sedang bekerja

LEPASAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang bekerja tetapi mempunyai keinginan untuk melanjutkan pengajian dan meningkatkan kemahiran dalam bidang tertentu dipelawa mengikuti program diploma eksekutif yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (Space).

Program yang dijalankan dengan kerjasama Specialist Knowledge Centre (SKC) Sdn Bhd menawarkan pengajian dalam bidang Rangkaian Sistem dan Teknologi Komunikasi, Pengurusan Teknologi Pengeluaran, Teknologi Mekatronik, Kewangan, Pengurusan Teknologi serta Pengurusan Teknologi Operasi dan Pengeluaran.

Pengarah Eksekutif (Operasi) SKC Sdn Bhd, Muhammad Faiz Ahmed, berkata SKS menjalin kerjasama pintar dengan Space UTM untuk menawarkan program diploma eksekutif sejak 2006 bagi memberi peluang golongan yang sudah lama bekerja meningkatkan ilmu dan mencapai tahap lebih baik dalam karier mereka.

Katanya, pemohon mestilah warga negara Malaysia yang memiliki SPM serta mesti sekurang-kurangnya lulus dalam Bahasa Melayu dan Matematik dan memiliki pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga tahun dalam bidang berkaitan.

“Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web www.skc.com.my, datang sendiri ke ibu pejabat SKC di Seksyen 14, Petaling Jaya atau menghubungi talian 03-79544010 untuk memperoleh keterangan lanjut atau jika mahu borang permohonan diposkan kepada mereka.

“Setiap permohonan akan mengambil masa kira-kira sebulan untuk diproses kerana lulusan SPM atau SPM Vokasional (SPMV) yang tidak memenuhi syarat minimum iaitu lulus Bahasa Melayu dan Matematik akan ditemuduga terlebih dulu untuk mengenal pasti kelayakan mereka.

“Manakala pengambilan pelajar akan dibuat pada bulan Februari, Jun dan Oktober setiap tahun manakala kelas akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad di semua cawangan SKC iaitu di Petaling Jaya, Klang, Bangi atau Johor Bahru bergantung kepada bidang yang diambil,” katanya kepada Berita Pendidikan, baru-baru ini.

Muhammad Faiz berkata, program diploma eksekutif yang dijalankan selama tiga semester membabitkan 12 modul serta dikendalikan dalam saiz kumpulan yang optimum untuk memaksimumkan keberkesanan pembelajaran.

Dari segi program pengajian, katanya, kurikulum bagi setiap program dibina oleh UTM dengan kerjasama SKC serta sentiasa dipantau supaya relevan dengan perkembangan semasa.

“UTM akan menganugerahkan Diploma Eksekutif kepada pemohon yang telah mengikuti semua modul dengan jayanya,” katanya.

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia!
Selamat datang ke WEFTI Production.. Blog ini baru sahaja dipindahkan dari http://www.spm2010.com/