WEFTI Production
Diploma Eksekutif
UTM, SKC tawar pengajian kepada lepasan SPM sedang bekerja
LEPASAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang bekerja tetapi mempunyai keinginan untuk melanjutkan pengajian dan meningkatkan kemahiran dalam bidang tertentu dipelawa mengikuti program diploma eksekutif yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (Space).
Program yang dijalankan dengan kerjasama Specialist Knowledge Centre (SKC) Sdn Bhd menawarkan pengajian dalam bidang Rangkaian Sistem dan Teknologi Komunikasi, Pengurusan Teknologi Pengeluaran, Teknologi Mekatronik, Kewangan, Pengurusan Teknologi serta Pengurusan Teknologi Operasi dan Pengeluaran.
Pengarah Eksekutif (Operasi) SKC Sdn Bhd, Muhammad Faiz Ahmed, berkata SKS menjalin kerjasama pintar dengan Space UTM untuk menawarkan program diploma eksekutif sejak 2006 bagi memberi peluang golongan yang sudah lama bekerja meningkatkan ilmu dan mencapai tahap lebih baik dalam karier mereka.
Katanya, pemohon mestilah warga negara Malaysia yang memiliki SPM serta mesti sekurang-kurangnya lulus dalam Bahasa Melayu dan Matematik dan memiliki pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga tahun dalam bidang berkaitan.
“Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web www.skc.com.my, datang sendiri ke ibu pejabat SKC di Seksyen 14, Petaling Jaya atau menghubungi talian 03-79544010 untuk memperoleh keterangan lanjut atau jika mahu borang permohonan diposkan kepada mereka.
“Setiap permohonan akan mengambil masa kira-kira sebulan untuk diproses kerana lulusan SPM atau SPM Vokasional (SPMV) yang tidak memenuhi syarat minimum iaitu lulus Bahasa Melayu dan Matematik akan ditemuduga terlebih dulu untuk mengenal pasti kelayakan mereka.
“Manakala pengambilan pelajar akan dibuat pada bulan Februari, Jun dan Oktober setiap tahun manakala kelas akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad di semua cawangan SKC iaitu di Petaling Jaya, Klang, Bangi atau Johor Bahru bergantung kepada bidang yang diambil,” katanya kepada Berita Pendidikan, baru-baru ini.
Muhammad Faiz berkata, program diploma eksekutif yang dijalankan selama tiga semester membabitkan 12 modul serta dikendalikan dalam saiz kumpulan yang optimum untuk memaksimumkan keberkesanan pembelajaran.
Dari segi program pengajian, katanya, kurikulum bagi setiap program dibina oleh UTM dengan kerjasama SKC serta sentiasa dipantau supaya relevan dengan perkembangan semasa.
“UTM akan menganugerahkan Diploma Eksekutif kepada pemohon yang telah mengikuti semua modul dengan jayanya,” katanya.
| Print article | This entry was posted by WEFTI Production on 20/04/2010 at 2:53 pm, and is filed under Berita Harian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
about 3 months ago
ZpmN9h ogokpsydbogt, [url=http://nqzftqktowpy.com/]nqzftqktowpy[/url], [link=http://fjohyrmbfvbm.com/]fjohyrmbfvbm[/link], http://htbotbomlzdr.com/